Tuesday 8 November 2011

TIPS KAMERA MIKRO

Kamera digital mikro dan kamera video mikro menjadi semakin kecil setiap hari. Kini kita boleh dapatkan Kamkoder DV Mini, Kamkoder Mikro, Camstick dan banyak lagi dengan mudah dan murah di pasaran. Kamera mikro ini juga digunakan untuk pelbagai tujuan. Membanteras jenayah, mengelak pencerobohan, memastikan keselamatan dan unutuk rawatan. Apa pun tujuannya ia adalah salah satu kriteria penting yang perlu diambil kira sebelum anda mendapatkan kamera jenis ini.

Kenalpasti Tujuan

Adakah anda ingin  mengawasi keselamatan dalam rumah atau luar rumah atautujjua-tujuan lain? Dengan mengenalpasti kamera yang bersesuaian. Misalnya untuk mengawasi anak-anak di bilik, kamera kecil yang disamarkan dengan rupa permainan boleh dipertimbanglan

Lensa dan Tempat

Dimanakah tempat untuk anda pasangkan kamera ini? Jika anda ingin tempatkan ia di bahagian tinggi, pastikan lensanya berkemampuan untuk merakam keseluruhan ruang atau sudut anda inginkan. Sekiranya sudut rendah pula, pastikan lensa anda tidak terlindung.

Bateri

Pastikan spesifikasi bateri kamera anda. Adakah ianya mampu bertahan lama atau cukup sekadar tempoh yang anda mahukan . Bateri boleh cas semula adalah satu kelebihan.

Format
Mengetahui format rakaman juga akan memudahkan anda melihat darn menyunting rakaman itu kemudian. Lazimnya kamera mikra mini didatangkan dalam format AVI.

Foto atau Video

Adakah anda ingin merakam foto atau video? atau kedua-duanya ? Harga kamera ini berbeza mengikut spesifikasi. Jika anda memiliki kamera video mikro memberi kelebihan untuk anda merakam audio dan foto pegun pada masa yang sama.

Sambungan 

Ini juga penting untuk memudahkan anda memindah fail ke komputer dan sebagainya USB 2.0 adalah sambungan lazim hari ini. Dapatkan kamera dengan memikirkan ianya akan memudahkan anda.

Teknikal

Kamera mikro direka agar senang digunakan dan difahami. Elakkan kamera yang terlalu teknikal. Ringkas tidak semestinya tidak elok.

Bajet

Ini juga merupakan kriteria penting yang perlu dipertimbangkan . Berapakah bajet yang anda sanggup keluarkan untuk mendapatkan kamera ini? Jika lebih tinggi, kemungkinan lebih baik kamera yang boleh anda dapatkan. Sepertimana perkara lain dalam kehidupan., banyak perkara yang memerlukan anda untuk berfikir dan pertimbangkan. Begitu juga dengan kamera mikro. Anda tahu dengan mendapatkan kamera jenis ini akan meningkatkan keselamatan da sekuriti kediaman, pejabat, keluarga dan sebagainya. Namun, bertanyakan juga pada diri, dan berikan diri anda jawapan yang jujur. Adakah kamera ini akan memberikan anda apa yang benar? Jika anda mempunyai jawapan tanpa rasa bersalah, maka anda akan memperolehi kamera mikro sepertimana yang anda mahukan.

No comments:

Post a Comment