Tuesday 8 November 2011

Pencipta Pemacu Flash USB?


Menurut beberapa sumber, Dov Moran daripada M-Systems merupakan orang pertama yang muncul dengan konsep pemacu flash USB pada 1998 selepas mengalami masalah komputer sewaktu membuat pembentangan kepada pelabur. Pemacu ini menggabungkan kestabilan memori Flash dengan sambungan dan kelajuan USB. M-Systems kemudiannya melancarkan pemacu Flash USB DiskOnkey pertama pada tahun 2000. Bagaimanapun, beberapa kontroversi timbul tentang pencipta pemacu flash USB kerana memperdebatkan bahawa teknologi terdahulu. Tambahan pula, beberapa syarikat lain turut menyatakan bahawa mereka yang pertama mencipta pemacu flash USB seperti Netac Technology yang menyatakan mereka adalah menciptanya  pada 1999 dan dipatenkan di Singapura pada 2007. Begitu juga Trek Technology yang menyatakan produk mereka telah dipatenkan pada 2006. Apa pun kontroversinya, yang kita thu pemacu flash USB sememangnya membawa arus teknologi yang begitu berkesan kepada pangguna!

No comments:

Post a Comment